
SHAH ALAM - UMNO tidak pernah mendapat manfaat dan kelebihan disebabkan aktiviti lompat parti melibatkan ahli dan bekas kepimpinannya sebelum ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, parti itu juga tidak pernah bersetuju ahli-ahlinya melompat parti atas tujuan apa sekalipun.
Menurutnya, dalam tempoh tiga tahun ini apabila ada ugutan-ugutan yang dikatakan wujud daripada kepimpinan parti, ia sudah tentu memperlihatkan seolah-olah berlakunya satu gerakan politik yang tidak bermaruah.
“Aktiviti lompat parti yang berlaku sebenarnya telah mencalarkan imej kepimpinan UMNO,” katanya
Beliau berkata demikian semasa program Wacana Sinar Harian Edisi ke-359 bertajuk Akta Lompat Parti: Tamat Riwayat Katak Politik yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.
Turut menjadi panelis, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahdlina Sidek manakala Azlan Shah Nabees Khan bertindak selaku moderator.
AKAN MENYUSUL
