Aktiviti Menarik Dan Murah Bersama Keluarga Sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024

28 Jun 2024 • 3:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
melaka

Negeri Melaka menjadi salah satu negeri di Malaysia yang rancak mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Sepanjang tahun ini juga, bagi sesiapa yang datang ke Melaka boleh pusing satu Melaka dari pagi hinggalah ke lewat malam.

Berikut antara program yang menarik yang telahpun dirancang kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife berikan pengalaman indah tetapi mesra poket…

image is not available

Tarikan baharu di TMM2024 ini membabitkan beberapa lokasi seperti Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Zoo Melaka, Melaka Floating Market, Galeri Melaka dan semua muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan tiket untuk masuk semua tempat ni hanya RM10 sahaja.

Menariknya, program ‘Bila Larut Malam’ ini akan diadakan pada minggu pertama setiap hari Sabtu malam Ahad setiap bulan bermula jam 11 malam sehingga 2 pagi.

Zoo Melaka juga akan beroperasi pada jam 10 malam hingga 1 pagi. Muzium Penjara Malaysia Melaka pula menawarkan tiket serendah RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Tetapi bagi warga asing tiket masuk adalah RM6 untuk dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak dengan waktu operasi dari 11.00 malam hingga 2.00 pagi.

Pakej serendah RM20 setiap seorang dan layak sertai cabutan bertuah…

Pakej Melaka Nightlife ini juga termasuk dengan pembelian cenderamata khas TMM2024 berharga RM10 menjadikan jumlah keseluruhan hanya RM20 seorang. Bukan tu je, pembelian pakej ini juga sekaligus melayakkan korang sertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk kereta.

Pada 1 Jun 2024 lepas, lebih 30,000 pelancong dan pengunjung yang membanjiri kawasan-kawasan pelancongan di Negeri Melaka.

Bila Larut Malam sekitar Bandar Melaka…

image is not available

image is not available

Bila Larut Malam sekitar Pantai Klebang Melaka…

image is not available

image is not available

image is not available

Bila Larut Malam sekitar Night Safari Zoo Melaka…

image is not available

image is not available

image is not available

Terasa macam nak gerak Melaka pula bila tengok semua kemeriahan dekat sana. Korang dah pergi melawat Melaka belum? Jom kita…

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.