Aktiviti Menyauk Ikan Seluang Meriah Di Kampung Bakong

25 Dec 2022 • 8:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohd Fakhrul Razi - Gambar Bernama

PASIR MAS - Beberapa lokasi di sekitar Kampung Bakong, di sini, meriah dengan aktiviti menyauk anak ikan seluang yang dilakukan penduduk selepas banjir surut. 

Penduduk Mohd Fakhrul Razi, 32, berkata beberapa parit di kampung itu menjadi tumpuan ramai sejak semalam bagi menangkap ikan itu sebagai rezeki pascabanjir.

"Anak ikan seluang ini akan bermain-main di pusaran air yang deras di kawasan parit. Nak tangkap anak ikan seluang ini mudah. 

"Letakkan penyauk di kawasan yang telah dikenal pasti untuk beberapa ketika dan angkat, setiap kali diangkat pasti ada hasil," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Kampung Bakong antara kawasan di Pasir Mas yang terjejas banjir sejak Ahad lepas, rata-rata sudah pulih namun masih ada lokasi yang digenangi air.

Mohd Fakhrul berkata anak ikan seluang yang ditangkap akan digoreng atau dijadikan pais.

"Saya mula menyauk sejak kira-kira 8 pagi. Hasil yang diperolehi agak banyak, bolehlah dimakan dengan ahli keluarga," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved