
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Cara kehidupan orang biasa dan golongan-golongan kaya amatlah berbeza. Meskipun tidak dinafikan ada juga segelintir T20 yang menjalani kehidupan secara sederhana.
Namun, kebanyakan daripada mereka akan memilih untuk tinggal di kawasan perumahan elit, memiliki kenderaan mewah dan melakukan aktiviti yang memerlukan ongkos yang tinggi.
Malah, ada perkara yang dilakukan oleh orang kaya yang mampu menarik perhatian ramai individu biasa kerana tidak pernah terfikir di fikiran mereka.
Tular kereta diangkat guna kren untuk letak dalam bangunan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kereta berwarna merah diangkat menggunakan kren untuk diletakkan di dalam sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun Threads itu, kereta terbabit dipercayai ingin disimpan di dalam sebuah rumah di bangunan berkenaan.
“Apa aktiviti orang kaya hari ini. Korang rasa pemilik nak buat apa simpan kereta dalam rumah,” tulis di kapsyen.
View on Threads
Ferrari Dino 308 GT4 rupanya yang diangkat
Satu lagi video yang dikongsikan di akaun Instagram @jtcarsnet menunjukan secara lebih dekat kereta berkenaan.
Jelas kenderaan itu merupakan supercar jenis Ferrari Dino 308 GT4 yang dikeluarkan sekitar tahun 70-an hingga 80-an yang lalu.
Dalam video tersebut, kelihatan beberapa pekerja menolak kenderaan itu memasuki bangunan yang berada di tingkat atas.
Namun, tidak dapat dipastikan apa yang ingin dilakukan dengan Ferrari itu di dalam bangunan berkenaan.
View this post on Instagram
Netizen beri pelbagai reaksi, ramai persoal apa yang ingin dilakukan pemilik Ferrari itu
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.
Ramai yang mempersoal apa yang ingin dilakukan oleh pemilik kenderaan berkenaan, sama ada ingin menjadikan Ferrari klasik itu sebagai perhiasan dalam rumah atau sebaliknya.
Ada individu yang tidak menolak kemungkinan bahawa Ferrari itu ingin dijadikan sebagai chandelier atau sebagai props untuk sesebuah iklan atau sesi bergambar.
Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa mereka tidak akan pernah memahami cara orang-orang kaya menggunakan wang dimiliki mereka.








