Aktor Bollywood, Tiger Shroff terselamat, 3 penyerang lepaskan tembakan

EntertainmentMovie
19 Oct 2026 • 8:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aktor Bollywood, Tiger Shroff terselamat, 3 penyerang lepaskan tembakan

MUMBAI  – Tiger Shroff yang merupakan anak lelaki legenda Bollywood, Jackie Shroff, terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas tiga lelaki menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arahnya, lapor akhbar Hindustan Times hari ini.

Serangan hendap itu berlaku di kawasan Mumbai semalam.  Polis berkata, tiga orang  termasuk pemandun Tiger dan seorang pemandu beca berenjin cedera dalam insiden itu. 

Kumpulan kongsi gelap antarabangsa, Geng Lawrence Bishnoi mengaku bertanggungjawab selepas konconya, Anil Pandit berkata, dia bersama Harman Sandhu menjadi dalang serangan ke atas Tiger.

Polis Mumbai bagaimanapun  masih belum mengesahkan penglibatan kumpulan Bishnoi dalam kes berkenaan. 

“Kami telah menghubunginya (Tiger)  dan cuba menjelaskan perkara itu kepadanya tetapi dia tidak faham. Jadi hari ini (semalam), kami memastikan untuk menerangkannya dengan betul,” kata hantaran Anil dalam bahasa Hindi.

Dia memberi amaran selagi pelakon-pelakon tersebut tidak berhenti bekerjasama dengan bintang Bollywood, Salman Khan, serangan terhadap mereka akan berterusan. 

“Sesiapa sahaja dalam industri filem Mumbai yang tidak mendengar cakap kami atau bekerjasama dengan Salman Khan akan menjadi sasaran seterusnya. Tunggu dan lihat,” tambah hantaran sama.

Menurut maklumat awal, Tiger dalam perjalanan pulang selepas bermain bola sepak di sebuah kelab apabila tiga penyerang tidak dikenali melepaskan tembakan berhampiran Taman Pushpa di Juhu.

Tiga orang dilaporkan cedera, termasuk pemandu Shroff, Firdos yang mengalami luka di tangannya, kata polis. 

Polis sedang meneliti rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar lokasi kejadian.

Motif penyerang masih belum jelas, dan siasatan yang sedang dijalankan akan mengenalpasti perkara tersebut, kata seorang  pegawai polis tempatan.  – AGENSI 

The post Aktor Bollywood, Tiger Shroff terselamat, 3 penyerang lepaskan tembakan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved