Aktor Kartik Aaryan Dilaporkan Bercinta Dengan Sepupu Hrithik Roshan, Ini Buktinya….

Entertainment
11 Nov 2022 • 10:09 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pashmina dan Hritik Roshan - Gambar Instagram Kartik Aaryan dan Pashmina Roshan

Gosip cinta memang tidak pernah lekang dalam dunia hiburan Bollywood dan ia sememangnya menjadi bahan berita yang cukup digemari netizen. 

Memandangkan Kartik Aaryan kini semakin popular dan dikenali ramai menerusi filem-filem yang dibintanginya, aktor ini juga tidak terkecuali dihinggapi gosip cinta. 

image is not available
Kartik Aaryan

Bahkan, aktor filem Bhool Bhulaiyaa 2 ini dilaporkan telah menemui cinta hatinya. Cinta hatinya yang bernama Pashmina Roshan itu pula bukan calang-calang orang. Sebaliknya, dia adalah sepupu kepada bintang Bollywood terkemuka Hrithik Roshan. 

Tidak pasti bagaimana hubungan cinta di antara Kartik dengan Pashmina ini bermula, namun menurut Pinkvilla, hubungan mereka berdua sangat rapat dan mesra. 

Jika Kartik tidak bekerja, mereka akan menghabiskan masa di kediamannya dan ada masanya di kediaman Pashmina.

image is not available
Pashmina Roshan

Ada ketikanya, mereka mencuri-curi keluar daripada kenderaan masing-masing untuk menghalang tumpuan ramai atau lensa kamera paparazzi.  Dilaporkan juga bahawa Kartik telah membawa Pashmina menaik McLaren terbaharunya di Juhu. 

Mereka juga mempunyai restoran pastri dan kek yang digemarinya iaitu Cou Cou, manakala tempat makan lewat malam mereka adalah Jio World Dive. – Getaran, 11 November 2022

View Original Article