Aktres rampas suami orang? Si isteri dah naik mahkamah

Entertainment
12 Sep 2023 • 3:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kebelakangan ini, isu orang ketiga’ dalam rumah tangga terus menjadi topik hangat diperkatakan dalam kalangan warganet sehingga seolah-olah tidak pernah reda. Malah, ada juga dakwaan seorang aktres rampas suami orang!

Baru sahaja kontroversi mengenai anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania, namun dikhabarkan ada kes terbaharu membabitkan seorang aktres didakwa merampas hak milik orang.

Aktres rampas suami orang?

image is not available

Foto: iStock

Aktres rampas suami orang sampai rumah tangga si lelaki goyah?

Memetik laporan Gempak oleh Miss K, dikhabarkan selebriti berstatus janda itu telah ‘menyondol’ sehingga rumah tangga lelaki tersebut didakwa goyah.

Lebih mengejutkan, Miss K mendakwa perbuatan curang tersebut didakwa sudah lama berlaku sejak zaman pelakon janda itu masih bergelar isteri orang lagi.

Akibatnya, isteri kepada lelaki itu telah mengambil keputusan untuk naik ke mahkamah syariah kerana tidak sanggup diperlakukan sedemikian rupa.

Walau bagaimanapun, Miss K mendakwa pelakon itu bijak bermain dengan ‘Public Relation’ menunjukkan dirinya wanita teraniaya serta sering berkongsi gambar anak bagi mengaburi mata peminat.

Sumber: Gempak (Miss K)