“Aku Ada Benda Nak Cakap” – Netizen Kagum Ernie Zakri Berani ‘Confess’ Dulu Dekat Syamel

Music
8 Jan 2023 • 1:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seperti yang diketahui ramai, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah menimang cahaya mata mereka pada Februari 2022.

Baru-baru ini, Ernie berkongsi detik permulaan hidupnya bersama suami dan mengaku bahawa dirinya pertama yang meluahkan perasaan kepada Syamel. Wah, seriuslah?

Luah dahulu

Menerusi satu video yang tular di TikTok, Ernie memaklumkan dirinya menghubungi Syamel dahulu untuk meluahkan perasaan.

Saya cakap “Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau, tapi tidak apa kalau kau tak balas. Aku okay je”. Lepas itu dia (Syamel) macam “Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau”.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan keberanian Ernie untuk meluahkan perasaan dahulu.

image is not available

image is not available

Berani betul yer nak confess dahulu, ada pembaca Oh! Media yang sama situasi juga tak?

Kredit: TikTok