Aku, Ayah dan Muzik bawa nafas baharu

EntertainmentMusic
21 Jun 2025 • 9:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

SUPERTELEFILEM Aku, Ayah dan Muzik arahan pengarah muda Sabah, Hanif Jeff, 29, tampil sebagai sebuah karya sinematik yang memberikan nafas baharu kepada arena perfileman Sabah.

Aku, Ayah dan Muzik tidak sekadar memaparkan keindahan budaya tempatan dengan sinematografi yang memukau, tetapi juga mengetengahkan jalan cerita tentang keluarga, kehilangan dan proses mencari jati diri yang menyentuh hati.

Mengisahkan perjalanan Noah, seorang jejaka yang mencari ayah kandungnya di bumi Sabah, Aku, Ayah dan Muzik berjaya menjentik emosi penonton menerusi gandingan mantap barisan pelakon seperti Fimie Don, Enn Xaviera, AD Vico, Jovenea Jim, Sumarli Loloi, Larry Noh D’Kanju dan ramai lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Runut bunyi telefilem ini, Bisikan Waktu, yang menggabungkan elemen moden dan bunyi-bunyian alat muzik tradisional Sabah, turut menjadi nilai tambah istimewa kepada karya ini.