Aku Bodoh jadi taruhan pertama Gretchene Quirina

EntertainmentMusic
14 Jun 2025 • 2:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

PENYANYI muda berbakat dari Sabah Gretchene Quirina mengetengahkan kisah cinta yang tidak dihargai dan keberanian untuk melepaskan menerusi Aku Bodoh, single sulungnya yang kini tersedia di semua platform penstriman digital.

Aku Bodoh merupakan hasil tulisan Ryenald Guntabid, Melakaboy dan Sa.tugram. Pengaturan serta susunan muzik pula digubah oleh Irwan Simanjuntak, seorang penerbit muzik yang tidak asing namanya di rantau ini.

Gretchene berharap lagu terbabit dapat menjadi suara buat mereka yang pernah terluka oleh cinta sebelah pihak, yang dikhianati kepercayaan dan kini sedang cuba mengutip kembali serpihan hati yang berselerak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Lagu ini mengetengahkan kisah cinta yang tidak dihargai, rasa penyesalan, dan keberanian melepaskan walau hati belum benar-benar pulih.

View Original Article