“Aku Cinta Kamu” – Muncul Di Borneo Sonic Music Festival 2023, Taeyang Buat Ramai Teruja!

Music
9 Oct 2023 • 11:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Borneo Sonic Music Festival 2023 diakhiri dengan persembahan memukau daripada penyanyi kumpulan K-Pop BigBang, Taeyang pada Sabtu lalu.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok @miche.sarawak, Taeyang bukan sahaja memukau peminat dengan menyanyikan lagu hitnya, malah berjaya mencuri hati penonton dengan mengatakan dia mencintai mereka.

@miche.sarawak

Datang Sarawak, dah pandai cakap bahasa melayu Taeyang, “Aku cinta kamu” @TAEYANG @borneosonic.mf Taeyang in da house of Borneo Sonic Music Festival, Kuching! #bsmf #BorneoSonicMusicFestival #BorneoSonicmf2023 #TikTokMalaysia #kuching #sarawak #concert #taeyang #kpop #korea #fyp #foryou #foryoupage #foryourpage

♬ original sound – Miche | Sarawak – Miche | Sarawak

“Saya sangat seronok malam ini. Saya juga merasai cinta daripada semua orang dan ianya sangat menyenangkan. Saya ingin mengatakan ‘Aku cinta kamu’,” kata Taeyang sambil membuat aksi bentuk hati.

Pernah digelar ‘The Kings of K-Pop’ ketika masih lagi bersama BigBang, antara lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi berusia 35 tahun itu ialah Shoong, lagu bersama Lisa dari Blackpink dan Vibe, lagu bersama Jimin dari BTS.

image is not available

Selain itu, Taeyang juga menyanyikan lagu solonya ketika masih bersama BigBang dahulu, iaitu lagu Ringa Linga, Eyes, Nose, and Lips, lagu ballad, Wedding Dress dan beberapa lagu lain lagi.

Warganet yang tidak dapat menghadiri festival tersebut rata-rata teruja dengan kehadiran penyanyi tersebut dengan meninggalkan komen meminta Taeyang bercakap pula dalam bahasa Sarawak.

Ajar Taeyang cakap ‘kamek sayang kitak’

image is not available

Kenapa tak minta sebut ‘kamek sayang kitak’

image is not available

Ada juga segelintir yang meninggalkan komen berharap kelima-lima ahli kumpulan BigBang dapat datang ke Sarawak sekali gus menyifatkan pasti ramai akan mengunjungi negeri berkenaan.

Lain kali bawa member Bigbang yang lain

image is not available

Kalau yang lain ada, mesti penuh Kuching!

image is not available

Selain daripada Taeyang, Borneo Sonic Music Festival 2023 juga dibarisi oleh bintang-bintang terkenal seperti CL dari 2NE1, Suho dari EXO, Havana Brown dan ramai lagi.

image is not available

Namun begitu, jelas Taeyang merupakan bintang utama dalam festival tersebut.

Sumber: TikTok @miche.sarawak