Kecoh diperkatakan minggu ini mengenai kemelut rumah tangga bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan apabila dua isterinya dikatakan bergaduh.
Belum reda dengan isu itu, terbaru seorang wanita dipercayai menantu kepada Zainal Abidin membuat pendedahan mengenai masalah yang dihadapinya.
Menerusi hantaran di TikTok, @sofiasmeth bukanlah menceritakan perihal rumah tangga mentuanya tetapi tentang penderitaan dilaluinya kerana suaminya tidak membenarkan dia berjumpa dengan anak-anak.
Such a great and good in laws i have. The best. But you, the father of my children, You musnahkan harta benda i, you provoke i, you aibkan i (you buat account aibkan i), you mungkir janji..
Dalam hantaran itu, Sofia mendakwa suaminya membuat provokasi, memungkari janji dan memusnahkan harta bendanya. Dakwanya, jika suami bekerjasama dia takkan mendedahkan masalah begini.
Tidak menceritakan masalah atau krisis rumah tangga mereka secara terperinci, Sofia mendakwa suaminya sanggup membuat akaun palsu untuk mengaibkannya di media sosial.
You provoke I, you aibkan, ancam keselamatan I. Ajar anak-anak untuk memaki hamun I. Memanggil I dgn nama panggilan yang keji dan jijik.
Dalam pada itu, Sofia menegaskan bahawa dia mempunyai mentua yang sangat baik dan mereka berdua tiada kena mengena dalam permasalahan antaranya dan suami.
Kredit: TikTok @sofiasmeth
The post “Aku Diam Tapi Kau Provoke” – Menantu Zainal Abidin Dedah Kemelut Rumah Tangga appeared first on Oh! Media.


