“Aku Koyakkan Baju Dia..” – ‘Posting’ Bos Susu Raih Perhatian Ramai, ‘Promote’ Ais Krim Guna ‘Double Meaning’

LocalFood
31 May 2025 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang diketahui ramai, Farm Fresh merupakan jenama tenusu tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan produk segar terus dari ladang, tanpa bahan pengawet dan penuh khasiat.

Farm Fresh bukan sahaja menawarkan susu berkualiti dengan harga berpatutan, bahkan ia membantu ramai pihak berbisnes untuk mengubah hidup menjadi lebih baik.

Baru-baru ini, hantaran yang dimuat naik oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh iaitu Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai Bos Susu telah mendapat perhatian ramai kerana hantaran tersebut dianggap mempunyai maksud yang tersirat.

image is not available

Menerusi hantaran yang dimuat naik, ia memaparkan Azmi sedang mempromosikan ais krim Farm Fresh iaitu Choco Bar yang dijual di pasaran dengan harga RM1.50 sahaja.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah cara beliau mempromosikan ais krim tersebut dengan menggunakan double meaning di dalam hantarannya.

Aku koyakkan baju dia, aku tarik dia keluar. Aku masukkan dalam mulut dan aku gigit, aku kemam dia sampai dia cair dalam mulut. Aku telan.

 

Sedapnya Choco Bar Farm Fresh ni, aku rasa nikmat ais krim kayangan.

image is not available

Meskipun hantaran itu seolah-olah mempunyai maksud yang tidak senonoh, namun rata-rata di ruangan komen netizen lebih tertarik dengan harga ais krim tersebut kerana menurut mereka sangat berpatutan.

image is not available image is not available image is not available

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Beautifulnara, Azmi sudah pun menukar kapsyen hantaran tersebut beberapa minit yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 months ago

"Sangat Halus, Ringan Di Mulut.." - Lulus Ujian, Cef Restoran Itali Puji Mentega Farm Fresh