“Aku Merayu, Jangan Kecewakan Harapan Kami” – Nota Terakhir Lelaki Palestin Mohon Malaysia Lindungi Bumi Gaza Undang Sebak

30 May 2024 • 12:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Di platform X, tular satu ciapan memaparkan nota yang ditulis oleh seorang penduduk di Wilayah Gaza, Palestin yang didakwa meninggal dunia akibat serangan kejam pihak Israel.

Wasiat penduduk Palestin

Nota yang ditulis merupakan wasiat daripada seorang lelaki bernama Muhammad Abdul Qadir Al-Husseini dan ia ditulis pada 25 Mac lalu, sebelum dikongsikan oleh seorang pengguna X @faisalazizfa.

Wasiatku kepada mu, jika aku mati dan syahid dalam perang ini, aku tidak akan memaafkan pemimpin Arab yang mengecewakan harapan kita.

Negara Malaysia disebut

Dalam nota yang sama, Muhammad Abdul Qadir turut menyampaikan mesej untuk masyarakat di Mesir, Yaman, Jordan, Lubnan, Algeria, Sudan, Tunisia dan Malaysia agar melindungi bumi Gaza.

Aku merayu dan menggesa anda semua untuk melindungi Gaza. Aku amat menyayangi kalian semua. Mohon jangan kecewakan harapan kami.

Rata-rata netizen yang melihat coretan wasiat yang ditulis sendiri oleh penduduk Palestin berasa sebak kerana saudara Islam disana meminta pertolongan untuk melindungi negara mereka.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available 3 days ago

"KFC Tak Pernah Masuk Senarai, Kami Tak Pernah Kempen Rakyat Malaysia Boikot Dulu Hingga Sekarang" - Pengerusi BDS Malaysia