“Aku Nak Pergi Tempat Paling Jauh. Maafkan Aku”- Aweera Undang Rasa Risau Peminat

LocalEntertainment
8 Oct 2024 • 5:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Aweera, membuat hantaran terbaharu menerusi akaun Instagramnya yang menimbulkan rasa risau dalam diri peminatnya.

Menerusi posting tersebut, dia memuat naik gambar dirinya bersendirian yang kelihatan seperti merenung ke arah laut.

Tak lama dah. Aku nak pergi tempat paling jauh.. Paling jauh! Maafkan aku.

image is not available

Penyanyi lagu ‘Andai Ku Bercinta Lagi’ itu turut memuat naik gambar yang sama dan sebuah lagi gambar serba hitam di Instagram Storynya berserta lagu Allahyarham Sudirman yang bertajuk “Salam Terakhir”.

Perkongsian yang telah dibuat oleh Nasharul Aweera Norhissham, 33, tersebut telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminatnya yang merisaukan kondisinya.

image is not available

Para peminat mendoakan agar Aweera kekal tabah dan sabar dalam menghadapi ujian yang dihadapinya.

image is not available 3 years ago

"Salah Pilih Lagu Tu" - Netizen Tak Puas Hati, Tok Ram Dedah Punca Aweera Duduki Tempat Keenam