“Aku Nak Sebut Perkataan B40 Pun Tak Gamak, Apatah Lagi Menghina” – Syatilla Melvin

LocalOpinion
4 Jun 2026 • 3:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam, Syatilla Melvin meluahkan rasa kurang selesa apabila istilah ‘B40’ digunakan untuk merujuk kepada golongan berpendapatan rendah.

Menerusi perkongsian di Threads, Syatilla berkata dia sendiri berasa tidak tergamak untuk menyebut istilah tersebut, apatah lagi jika ia digunakan dalam konteks menghina atau merendah-rendahkan orang lain.

Advertisement

syatilla melvin

“Tak tahulah kenapa, tapi untuk aku nak sebut perkataan B40 pun rasa tak tergamak sangat, apatah lagi nak menghina. Keluarga, adik-beradik kita semua dalam golongan itu. Yang sokong bisnes pun 70 peratus daripada mereka,” katanya.

Menurut Syatilla atau lebih mesra disapa Tilla, masyarakat sepatutnya membuang mentaliti yang suka membezakan darjat sesama sendiri.

Katanya, pemikiran seperti ‘kelas kita tak sama’ hanya akan mewujudkan jurang tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

“Kenapa eh perlu ada mindset ‘class kita tak sama’? Tak dinafikan manusia ini macam-macam perangai dia, tapi hujung-hujung kita semua sama saja.”

Perkongsian aktres dan usahawan itu kemudian mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut.

Ramai berpendapat istilah berkaitan kedudukan ekonomi tidak sepatutnya digunakan untuk menghina mana-mana pihak, memandangkan setiap orang mempunyai latar belakang dan perjuangan hidup masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yusry sedih dengar kata-kata Lisa2026-05-29 14:08:58

Kata-Kata Lisa Surihani Dari Mekah Buat Yusry Menitis Air Mata - "Walaupun Kita Berjauhan..."

The post “Aku Nak Sebut Perkataan B40 Pun Tak Gamak, Apatah Lagi Menghina” – Syatilla Melvin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved