“Aku ni pelakon filem askar je, jangan tanya pasal yeye tu” – Taufiq Hanafi

LocalEntertainment
6 Jan 2026 • 12:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Taufiq Hanafi memohon kepada orang ramai untuk berhenti bertanya soalan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu hangat melibatkan anggota uniform, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya bukan anggota tentera sebenar, sebaliknya hanya pernah membawa watak askar dalam filem PASKAL The Movie dan Malbatt-Misi Bakara.

“Aku ni pelakon filem askar je, bukan askar betul. Tak payah la mesej tanya pasal yeye tu,” katanya dalam satu hantaran di Threads, baru-baru ini.

Taufiq Hanafi

image is not available

image is not available

Sejak kebelakangan, kecoh di media sosial dakwaan berlakunya aktiviti tidak senonoh di dalam kem tentera dengan membawa masuk individu yang tidak berkaitan.

Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

Sekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut benar, MINDEF memaklumkan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM.

Sumber: Threads @Taufiq Hanafi

View Original Article