“Aku Puji Kau Jantan Kiriman Kaabah Tapi Kau Nak Menyibuk Hal Aku, Tahu Kau Kaya & Bosan” – Elcah

EntertainmentOpinion
5 Sep 2025 • 9:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pempengaruh bernama Elcah, semalam difahamkan telah pun disaman oleh aktor Fattah Amin susulan didakwa membuat hantaran berbaur fitnah yang telah merosakkan imej pelakon berkenaan.

“Aku puji kau jantan kiriman Kaabah tapi..”

Disebabkan perkara tersebut diketahui ramai, nama Elcah kini sedang menjadi bualan utama di platform media sosial dan yang terbaru, pempengaruh terbabit ada memuat naik satu hantaran video di Instagram Story yang telah menarik perhatian ramai.

Dalam video yang dimuat naik Elcah atau nama sebenarnya, Aien Hasha, dia meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu lelaki yang selama ini sering dilihat sebagai seseorang yang sangat baik.

image is not available

Aku puji kau jantan kiriman Kaabah tapi kau ada masalah personal dengan suami aku nak menyibuk hal aku. Sudah-sudahlah, aku tahu kau kaya dan bosan.

Bukan ditujukan untuk Fattah Amin

Pempengaruh itu dipercayai memuat naik video berkenaan kerana lelaki terbabit secara tiba-tiba menyibuk tentang halnya yang kini sedang diperkata ramai.

image is not available

image is not available

image is not available

Hantaran seterusnya, Elcah menegaskan luahan hati itu bukan ditujukan untuk Fattah Amin kerana bimbang jika ada yang akan salah faham.

image is not available 2025-09-04 20:08:02

"Aku Rasa Lebih Baik Aku Diam" - Disaman Dek Tuduhan Curang, Elcah Akur Permintaan Peguam