
Dapat dilihat di laman TikTok, seorang lelaki yang bergelar suami menceritakan perjalannya bersama isteri tercinta dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.
Pasangan TTC
Video yang dimuat naik juga merupakan perjalanan isteri yang sedang menghadapi ‘TTC’ atau kata lain ‘Trying To Concieve’.
Kata lelaki terbabit, selama empat tahun menjalani TTC mereka merahsiakan usaha mereka untuk mendapatkan anak melalui proses In Vitro Fertilizatio (IVF) tetapi kini merasakan ada baiknya dia berkongsi kepada orang ramai.
Sebab aku rasa penting untuk sebar awareness dan betulkan stigma masyarakat yang mudah salahkan kaum perempuan bila tak ada anak.
‘Aku punca isteri tak mengandung’
Sewaktu proses mendapatkan anak, pasangan itu telah menjalani ujian kesuburan dan lelaki itu mengakui bahawa dirinya punca isteri tidak hamil.
Aku merupakan punca kenapa isteri tak dapat mengandung. Lelaki juga boleh jadi punca. Aku turunkan ego, buang rasa malu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan perkongsiaan lelaki terbabit kerana sedikit sebanyak ia boleh memberi kesedaran buat orang lain.



Aidil Aziz Dan Fasha Sandha Guna Kaedah IVF, Pilih Cara 'Manual' Nak Dapatkan Anak Lelaki - "Asalkan Sihat Walafiat"
The post “Aku Punca Isteri Tak Mengandung” – Lelaki Kongsi Kisah IVF, Nak Betulkan Stigma Masyarakat Selalu Salahkan Wanita Kalau Tiada Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

