
Pada Isnin (7 Oktober) lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penceraian pasangan popular Fattah Amin dan Fazura.
Berita itu nyata mengejutkan ramai pihak khususnya peminat kerana mereka dlihat amat serasi dan bahagia bersama anak mereka yang kini berusia empat tahun.
Baca Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Fazura Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bina Rumah Tangga
Cik Epal & Jofliam Berpisah Selepas 10 Tahun Hidup Bersama
Belum pun reda dengan perpisahan Fattah Amin dan Fazura, orang ramai dikejutkan pula dengan berita penceraian pempengaruh atau influencer terkenal, Cik Epal.
Cik Epal atau nama sebenarnya Munirah Mahmud mengesahkan dia telah bercerai dengan suaminya, Jofliam yang juga merupakan usahawan Pizza Wagyu setelah 10 tahun hidup bersama.
Dia yang juga merupakan seorang blogger pada satu ketika dahulu mengumumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya.
“Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.
“Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik,” tulisnya.
Jofliam Ucap Terima Kasih Kepada Semua
Pada masa yang sama, menerusi hantaran di Insta Story milik Jofliam, usahawan berkenaan menjelaskan segalanya telah selesai dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua.
“Saya dah selesaikan tanggungjawab saya. Terima kasih semua. Terima kasih,” tulisnya.

Terdahulu, Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar pernah mendedahkan statusnya dan Cik Epal bukan lagi suami isteri setelah rumah tangga mereka bergolak sejak empat bulan yang lalu.
Ibu kepada dua orang anak itu juga pernah digesa oleh Jofliam untuk membuka mulut dan memberi komen mengenai status perkahwinan mereka namun Cik Epal mahu menunggu waktu yang sesuai sehingga status rumah tangga disahkan.
Tegas pempengaruh itu, pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pergolakan rumah tangga selagi proses mahkamah belum selesai.
Untuk info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Baca Artikel Berkaitan:
Source:

