“Aku Sedekah Duda Aku Je, Dasar Tak Tahu Malu!” – Cik Epal Buat Laporan Polis, ‘Warning’ Dewi Pulangkan Beg RM12K

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 4:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, bekas isteri usahawan pizza popular, Jofliam iaitu Cik Epal tampil memuat naik hantaran memaklumkan dirinya sudah membuat laporan polis berhubung beg jenama mewah, Celine berharga RM12000 yang telah diguna pakai oleh staf bekas suaminya, Dewi.

Cik Epal ‘hilang sabar’

Dapat dilihat dalam hantaran itu, Cik Epal berkongsikan butiran laporan polis yang dibuat.

Kata Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud, laporan polis dibuat adalah sebagai bahan rujukan buat guaman bagi siasatan lanjut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

Saya percaya Emira Delyati Dewi telah mengambil dan menggunakan barang beg tangan saya dan kemudian cuba melupuskan barang tersebut dengan mengumumkan untuk memberikan kepada orang lain tanpa kebenaran saya.

‘Aku sedekah duda aku je, bukan beg’

Di kapsyen hantaran tersebut juga Cik Epal sempat pertikaikan tindakan Dewi yang mahu memberi beg berkenaan kepada orang lain sedangkan bukan hak miliknya.

Aku sedekah duda aku ja, aku tak pernah sedekah beg tangan aku. Dasar tak tahu malu!

Dalam pada masa yang sama, pempengaruh itu turut mendedahkan beg coklat tersebut sudah tiada lagi di rumah bekas suaminya.

image is not available 4 days ago

“Tu Orang Kata Tuhan Nak Tunjuk” - Kelibat Jofliam Dan Dewi Di Jakarta?