
Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dapat dengar kisah mengenai wanita menjadi ‘penyondol’ dan memusnahkan rumah tangga orang lain, tidak kira orang biasa mahupun selebriti.
Boleh dikatakan gelaran ‘penyondol’ itu sememangnya dipandang rendah oleh orang ramai tetapi terdapat seorang wanita di TikTok ini tidak menghiraukan pandangan orang lain dan bangga menjadi ‘kaki sondol’.
Lebih merisaukan, wanita tersebut sama sekali tidak mempunyai perasaan bersalah kerana merasakan suami wanita lain yang mencarinya.
Bahkan, di ruangan komen, ada juga beberapa wanita lain turut sokong dengan pendapat wanita tersebut dan merasakan mereka tidak sepatutnya digelar ‘penyondol’ kerana bukan diri mereka yang mahukan hal itu terjadi.

Video tersebut difahamkan sudah tular di platfrom X (Twitter) dan rata-rata netizen berasa malu buat wanita-wanita ‘penyondol’ itu kerana meletakkan harga diri mereka sangat rendah.
Dah Janda Jadi Penyondol Pula, Pelakon Wanita Acah Teranaiya 'Sondol' Suami Orang Sampai Isteri Fail Cerai
The post “Aku Sondol Sampai Naik Pelamin” – Tak Malu Dipandang Rendah, Geng ‘Penyondol’ Bangga Dapat Pikat Suami Orang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

