“Aku Sumpah Tak Ada Lelaki Lagi Dalam Keluarga Kau..” – Suzur Sofia Tak Dapat Jumpa Anak, Doa Bekas Suami Terima Balasan

Family & Parenting
5 Dec 2023 • 12:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini, bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara terkenal, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia, menyatakan rasa tidak senang hati apabila bekas suaminya, Mohd Zaiza yang menjadi punca hubungan dirinya dan anak-anak menjauh.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Sofia mempersoal motif Zaiza yang tidak mahu dirinya berjumpa dengan anak-anak sendiri seolah-olah ingin mereka melupakan ibunya itu. Dia berasa marah apabila bekas suaminya itu bertindak untuk menyeksa mentalnya dengan melakukan perkara sebegitu.

Awak nak seksa mental kenapa? Lepastu mengadu kat orang tua bila tak boleh hadap.

Dan aku bersumpah, tidak akan ada lelaki-lelaki lagi dalam keluarga dan sedara kau. Setiap kelahiran tidak akan ada lelaki. Setiap kelahiran adalah perempuan.

@sofiasmeth . Dan aku bersumpah, tidak akan ada laki2 lagi dalam keluarga dan sedara kau. Setiap kelahiran tidak akan ada laki2. Setiap kelahiran adalah perempuan, sama2 merasa apa yang aku rasa. Dari anak2 aku diambil, bermula disitu. Apa sudah berlaku atau terjadi yang aku minta? #KunFayaKun ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Tidak tega dirinya dijauhkan dari kedua cahaya matanya sendiri, Sofia dengan rasa dianiya bersumpah agar Zaiza mahupun keluarganya itu tidak akan dikurniakan anak perempuan sepanjang hidup mereka agar dapat merasakan apa yang dirasakan olehnya dengan balasan setimpal itu.

Pada masa yang sama, ibu kepada dua anak ini juga turut berdoa agar Allah SWT ini mempertemukan dirinya semula dengan anak-anak. Dia juga ingin berasa bahagia setelah lama rasa dirinya dipermainkan oleh pihak tertentu serta minta dijauhkan dari mereka yang ingin menjatuhkan dirinya.

Sebelum ini, tular berita dimana dirinya dan Zaiza bercerai dengan talak satu pad 14 Jun lepas di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

image is not available 2 weeks ago

"Anak-Anak Aku Kau Pegang..Gila Talak" - Bekas Menantu Datuk Zainal Abidin Tak Tahan Diganggu Bekas Suami, Siap Buat Akaun Palsu