“Aku Syak Akak Ni Liverpool” – Aeril Zafrel Didakwa Nak Menunjuk Tengok Bola Di Stadium Old Trafford

FootballMusic
24 Aug 2022 • 4:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial Instagram mengenai hantaran video yang dimuat naik oleh pelakon dan usahawan terkenal iaitu Aeril Zafrel memaparkan dirinya di Stadium Old Trafford, Manchester.

Menerusi video tersebut, Aeril dilihat berkongsi momen sewaktu menyaksikan perlawanan bola antara Manchester United dan Liverpool.

Malah, pelakon itu dilihat begitu teruja memandangkan ianya merupakan pengalaman pertama dapat menyaksikan perlawanan bola secara langsung di dalam stadium.

Selamat MU menang.

Namun, ada juga netizen yang mendakwa tindakan Aeril berkongsi video itu hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk ketika berada di Stadium Old Trafford.

Kalau masuk stadium dekat Malaysia tak ada pun tunjuk video. Asal masuk stadium luar negara.. ermm rajin pulak buat video ye. Ermm nampak sangat nak tunjuk, benda mampu, sini pun best juga,” tulis seorang netizen.

image is not available

Enggan berdiam diri, Aeril kemudiannya membalas komen netizen dengan menjelaskan bahawa itu adalah kali pertama dalam hidup dia memasuki stadium bola sepak.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila pelakon itu turut bersoloroh bahawa netizen itu merupakan penyokong pasukan lawan iaitu Liverpool yang kalah dalam perlawanan menentang Manchester United baru-baru ini.

Nama pun first time masuk stadium kak, nak record macam mana, susah jugak kalau semua yang kita upload orang ingat asyik nak menunjuk je, aku syak akak ni Liverpool.

Kita post pun sebab menang, kalau kalah kau ingat aku nak post ke? haha,” tulis Aeril.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Najib Dipenjara Bukan Untuk Diraikan" - Fizo Omar Percaya Ada Mesej Tersirat