“Aku Tak Kisah Jika Dipenjara Sebab B*nuh Anak Sendiri” – Pelakon Wanita Ancam Anak Kerana Enggan Jadi Model Produk Kurus

Entertainment
13 Mar 2024 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pelakon dan model, Nikita Mirzani meniti di bibir netizen Indonesia gara-gara dia nekad mengeluarkan nama anak sulungnya, Lolly daripada daftar keluarga dan pewaris harta kekayaannya.

Buang anak perempuan dari senarai waris

Perkara tersebut turut diumumkan Nikita menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya, baru baru ini.

image is not available

Sumber : Instagram  

Saya dan Lolly sudah tiada urusan dalam sebarang hal. Apa sahaja yang dilakukan Lolly tanpa pengetahuan saya bukan lagi tanggungjawab saya.

Saya sudah tidak lagi berkomunikasi dan bertemu dengan Lolly. Saya tiada niat untuk bertemu dengannya lagi. Kepada Lolly dan sesiapa sahaja yang berurusan dengannya, jangan pernah sebut nama saya lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

Dia juga memuat naik dokumen yang menunjukkan nama Lolly sudah dibuang daripada ahli waris serta tanggungan ansurans.

Berlegar di media sosial aplikasi X apabila muncul dakwaan yang mengatakan Nikita telah mengekploitasi Lolly ketika menjadi jurucakap produk menguruskan badan di media sosial.

Tular perbualan mengugut

Malah, dalam hantaran tangkap layar perbualan Whatsapp Nikita bersama seorang individu yang tidak dikenali itu, pelakon itu juga mengugut untuk membunuh Lolly jika anaknya tidak mencapai berat badan ideal seperti yang diingini Nikita.

image is not available

Sumber : X  

image is not available

Sumber : X  

Difahamkan, perang di antara Nikita dan Lolly mula tercetus apabila remaja perempuan itu secara terbuka memihak kepada bekas suami ibunya, Antonio Dedula setelah mereka bercerai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Fitnah Lebih Kejam Daripada Membunuh.." - Sambut Hari Nyepi Di Bali Bersama Tunang, Penyanyi Rizky Febian Dituduh Murtad