“Aku Tengah Tidur, Diorang Kata Kalau Boleh Nak 24 Jam Buat Live” – Akui Tertekan, Aliff Syukri Dedah ‘Sisi Gelap’ Aplikasi Popular Ini

LocalEntertainment
21 May 2025 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti diketahui ramai, usahawan sensasi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri merupakan seseorang yang sangat dedikasi melakukan live di TikTok demi menjual produk-produk atau barangan keluaran syarikatnya.

Susulan itu, kerajinan yang dipaparkan oleh Aliff sering kali menjadi perhatian ramai, di mana warganet merasakan itu sebab usahawan terbabit mempunyai harta yang banyak kerana sikap rajinnya.

Ini punca Aliff Syukri buat live setiap hari..

Bagaimanpun, terbaru, Aliff ada membuat live dan mendedahkan sisi gelap platform TikTok yang didakwa memaksa dirinya melakukan live setiap hari tanpa henti.

Menurut usahawan itu, biarpun dia sedang tidur, pihak TikTok akan menelefon dirinya dan meminta Aliff tidak berhenti melakukan live, malah ada ‘KPI’ yang perlu dicapai.

Saya cakap minta maaf tak boleh buat live, saya demam. Tapi orang TikTok kata tak boleh, nanti kalau tak buat live nama saya akan tersingkir. Lepas tu diorang kata kena buat live minggu ni dan target adalah 500 USD, mati lah nak..

Netizen simpati dengan Aliff Syukri

Dalam pada itu, Aliff Syukri sempat meluahkan dia bukannya mahu melakukan live di platform berkenaan hari-hari dan berasa tertekan kerana tidak dapat tidur dengan tenang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan situasi usahawan tersebut dan mula memahami kenapa ramai influencer atau usahawan sering melakukan live di TikTok walaupun sudah malam hari.

image is not available

image is not available

image is not available 7 days ago

"Jangan Cemburu Rezeki Orang" - Jual Tak Sampai RM100, Aliff Syukri Bakal Disaman 'Founder' Beg Terkenal Gara-Gara 'Design' Hampir Sama