“Aku Yang Segan Sebab Ustaz Wadi Ada”, Ramai Segan Dengan Majlis Resepsi Janna Nick Yang Ala Barat

11 Jun 2023 • 4:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan sekali lafaz di Masjid A’ishah Sungai Menghulu, Langkawi.

image is not available

Majlis pernikahan mereka itu turut dihadiri beberapa rakan artis seperti Ezzrin Loy, Ain Edruce, Mawar Rashid, Puteri Sarah, Nabila Razali, Izzue Islam, Nadia Brian, Ustaz Wadi Annuar dan ramai lagi.

Malah, perkara yang menarik perhatian dalam kalangan warga netizen apabila kehadiran Ustaz Wadi yang dijemput untuk membacakan doa pada majlis resepsi mereka.

Menerusi video berkenaan, ramai warga netizen berasa segan melihat pakaian Janna Nick dan rakan artis yang lain kerana tidak menutup aurat di hadapan agamawan tersebut.

image is not available

image is not available

Kredit: Xtra

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.