Akui Apple Store Lebih Layak Dibuka Di Malaysia Berbanding Indonesia, Ini Pendapat Netizen Seberang

3 Jun 2024 • 5:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pembukaan Kedai Fizikal Apple Pertama di Malaysia Disambut Hangat

Akui Apple Store Lebih Layak Dibuka Di Malaysia Berbanding Indonesia, Ini Pendapat Netizen Seberang. Pengumuman pembukaan rasmi kedai fizikal Apple pertama di Malaysia pada 22 Jun telah mencuri tumpuan pengguna media sosial, termasuk dari Indonesia.

Walaupun ada yang cemburu dengan berita ini, ramai juga netizen Indonesia yang mengakui Malaysia lebih layak untuk mempunyai Apple Store berbanding negara mereka sendiri.

image is not available

Akui Apple Store Lebih Layak Dibuka Di Malaysia Berbanding Indonesia, Ini Pendapat Netizen Seberang

Menerusi komen-komen di beberapa video TikTok berkaitan pembukaan kedai Apple ini, ramai netizen Indonesia memberikan beberapa alasan mengapa Malaysia dipilih sebagai lokasi pembinaan kedai rasmi baharu Apple.

Menurut mereka, walaupun Indonesia mempunyai lebih 200 juta penduduk, kuasa membeli mereka yang rendah menyebabkan jumlah pengguna iPhone di negara tersebut lebih kecil. Ramai di antara mereka hanya mampu membeli iPhone terpakai kerana harganya lebih murah berbanding yang baharu. Di samping itu, penawaran telefon pintar Android dengan harga mampu milik lebih menarik minat majoriti pengguna di sana berbanding Apple.

Tambahan pula, mereka mendakwa pengguna Apple di Indonesia hanya menggunakan iPhone sedangkan Apple mempunyai pelbagai produk lain dalam ekosistemnya. Ini menyebabkan pasaran Indonesia tidak dapat memberikan tahap jualan yang memberangsangkan kepada Apple dalam jangka masa panjang.

Sebaliknya, mereka berpendapat Apple sudah membuat pertimbangan yang betul dengan memilih Malaysia kerana potensi jualan di sini jauh lebih besar. Produk-produk Apple lebih dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia, menjadikan pasaran tempatan lebih menguntungkan.

Selain itu, netizen Indonesia juga meluahkan kegembiraan mereka kerana boleh melawat kedai fizikal rasmi Apple di TRX kelak dan membeli iPhone terus di Malaysia selepas ini.

Baca juga artikel menarik, di sini: