Akui Dulu ‘Kaki Gaduh’ Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan

25 Sep 2022 • 1:10 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dari ‘street fighter’ ke gelanggang Sukma

Akui Dulu ‘Kaki Gaduh’ Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan. Siapa sangka ‘kaki gaduh’ ini berjaya mengharumkan nama Sarawak apabila berjaya meraih gelaran juara dalam sukan tinju pada temasya sukan Sukma kali ini.

Menyedari kecenderungannya bergaduh dan bertumbuk di sekolah tidak mendatangkan sebarang manfaat, atlet Sarawak Jackson Chambai Ikeh memutuskan untuk menyertai sukan tinju seawal usia 12 tahun.

image is not available
Akui Dulu ‘Kaki Gaduh’ Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan. Kredit Foto: Harian Metro

Hari ini pemuda berusia 21 tahun itu merangkul emas Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 menerusi acara fly 48-51 kilogram (kg) di Kompleks Futsal Malaysia, Kuala Lumpur.

“Masa sekolah selalu gaduh, lagi-lagi masa itu berdarah panas asyik nak bertumbuk je. Bertumbuk di luar tak berguna, lebih baik saya main tinju.

Mula terlibat dalam sukan tinju seawal usia 12 tahun

“Jadi 2013 saya mula main tinju dengan jurulatih pertama saya Joseph Harry,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan semalam.

Dalam pada itu, mengulas perlawanannya semalam Jackson yang menjadikan petinju Kazakhstan Genandy Golovkin sebagai idolanya berkata beliau hanya fokus kepada strategi untuk membuat serangan balas terhadap pihak lawan.

image is not available
Kredit foto: Misiah Taib

“Saya sangat puas hati pada pusingan pertama tapi pusingan kedua saya tak puas hati sebab pihak lawan suka peluk saya, jadi saya tak dapat nak buat serangan,” katanya.

Jackson mempamerkan gerakan pantas untuk menundukkan pencabarnya dari Wilayah Persekutuan, Mohamad Hakimi Sumadi 5-0.

Tempat ketiga menjadi milik Muhammad Aidil Ashraf Abdul Razak daripada Johor dan Muhammad Mukhriz Khan Muzafar Khan yang mewakili Pulau Pinang.

Emas Sarawak turut disumbangkan oleh Kilat Boy

Sementara itu, Sarawak turut muncul juara acara Feather 54-57kg menerusi jaguhnya Daeloniel Mcdelon Bong.

image is not available
Kredit foto: SukanSarawak

Daeloniel yang dikenali sebagai Kilat Boy, menang mudah ke atas petinju Wilayah Persekutuan Alif Akmal Muhamad Asri 5-0, sementara gangsa menjadi milik Sheikh Rahmatullah Ibrahim daripada Pulau Pinang dan atlet Sabah, Mohammad Fairul Yee Abdullah.

Kenali atlet Sarawak yang berjaya menghadiahkan emas untuk Sarawak pada Sukma kali ini: