Akui Merancang Kehamilan, Individu Tergamak Tuduh Watie – “Cakap Jela Kau Tu Dah Mandul, Kan Senang…”

20 Oct 2023 • 4:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, Watie Hanafiah pernah mengakui tidak kisah jika belum ada rezeki menimang cahaya mata kerana mahu fokus membesarkan keempat-empat anak Shuib dan arwah Siti Sarah.

Namun, gara-gara kenyataannya itu seorang individu tergamak menuduhnya mandul dan menerusi komen di Instagram itu dia turut digesa untuk mengakui hal tersebut.

Cakap jela kau tu dah mandul, kan senang. Orang lepas kahwin mesti nak cepat mengandung tapi kau sampai sekarang tak mengandung lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Meskipun diberikan komen yang kasar dan tidak sensitif sebegitu, Watie tidak melenting sebaliknya membalas kepada individu berkenaan.

Kata Watie, dia baru sahaja tiga bulan mendirikan rumah tangga dan memilih untuk merancang kehamilannya namun bersyukur jika mempunyai rezeki mengandung.

Ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang.

image is not available

image is not available 3 weeks ago

"Dia Orang Semua Manja.." - Watie Hanifiah Reda Jika Tiada Rezeki Anak Sendiri, Anak Tiri Dah Cukup

View Original Article