‘Akui saja perhimpunan gagal, Anwar tidak turun’ – Puad kritik Annuar & PAS

LocalPolitics
27 Jul 2025 • 10:59 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang didakwa sudah ‘surrender’ selepas sehari Himpunan Turun Anwar berlangsung.

Dalam kenyataan di Facebook, Puad memetik kenyataan Annuar yang mendakwa impak himpunan tersebut ialah pelaksanaan titah addendum buat Datuk Seri Najib Razak, keadilan semakin hampir dan Muafakat Nasional 2.0 kembali dihidupkan.

Baca juga:

“Turun Anwar” atau perjuangan addendum?

Namun, Puad mempersoalkan naratif itu dan menyifatkan kenyataan Annuar sebagai bukti kegagalan perhimpunan tersebut yang kononnya bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berundur.

“Baru sehari sudah mengaku kalah. Kalau diteliti ucapan Tun M, Hamzah dan Muhyiddin tidak seorang pun menyentuh pasal addendum,” katanya.

Sindir PAS sebok ‘count head’, bukan fokus isu

Menurut Puad lagi, pemimpin PAS kini hanya sibuk memuat naik video bagi membuktikan jumlah kehadiran kononnya mencecah 500,000 orang, namun tidak menampakkan hasil sebenar.

“Akui sahajalah perhimpunan itu gagal. Anwar tidak turun. Kalau betul ada durian runtuh baguslah. Rakyat untung, PAS yang basah kuyup,” sinisnya.