Al Ettifaq beli Henderson RM70.50 juta

Football
20 Jul 2023 • 10:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jordan Henderson

KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson bersedia untuk menyertai bekas rakan sepasukan Steven Gerrard di kelab Saudi Al Ettifaq selepas perjanjian dicapai antara dua kelab tersebut.

Henderson, 33, mengetuai The Reds merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama mereka selepas 30 tahun pada 2020, setahun selepas menjulang Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, pemain tengah England itu telah menyatakan minat untuk menyertai Gerrard selepas dilaporkan ditawarkan gaji £700,000 (RM4.1 juta) seminggu.

Liverpool pula dilaporkan akan menerima bayaran sebanyak £12 juta (RM70.50 juta) daripada penjualan Henderson.

Gerrard dilantik sebagai pengurus Al Ettifaq awal bulan ini.

Henderson menyertai Liverpool dari Sunderland pada 2011 dan menggantikan Gerrard sebagai kapten di Anfield pada 2015.

Dia telah diketepikan daripada skuad Jurgen Klopp untuk perlawanan persahabatan menentang Karlsruhe pada Khamis.

Liverpool juga akan kehilangan Fabinho dengan pemain Brazil itu berada di ambang perpindahan ke Al-Ittihad.

Klopp juga telah melepaskan pemain tengah Naby Keita, Alex Oxlade-Chamberlain dan James Milner pada akhir musim lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved