Al-Hambra, Yong dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah

20 Jun 2023 • 1:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Datuk Al Hambra Tun Juhar, dan Timbalan Presiden yang juga Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Richard Yong We Kong dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu.

Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan pada Isnin berkata Al Hambra dan Yong mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, selepas menerima watikah pelantikan dalam satu majlis ringkas di Istana Seri Kinabalu di sini pada Isnin.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa kedua-dua mereka menandatangani dokumen pelantikan masing-masing di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Ismail Brahim.

“Pelantikan Al-Hambra dan Yong adalah bagi tempoh lima tahun bagi menggantikan Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Datuk George Ginibun,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Turut hadir ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M.Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim M Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, dan barisan menteri negeri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.