Al-Ittihad tak putus asa buru Salah

Football
29 Aug 2023 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamed Salah. Foto EPA.

AL-ITTIHAD tidak berputus asa untuk mendapatkan khidmat Mohamed Salah biarpun Liverpool berkeras enggan menjual pemain sensasi itu.

Malah kelab Arab Saudi tersebut bersedia untuk mengeluarkan belanja besar mencecah 175 juta pound (RM1.03 bilion) bagi melamar pemain Mesir itu.

Bagaimanapun jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp tidak mahu kehilangan Salah kerana tidak mempunyai tempoh yang cukup untuk mencari pengganti.

The Reds ketika ini masih berusaha untuk memperkuatkan barisan tengah dan tidak mampu kehilangan seorang lagi watak utama mereka.

“Tidak ada apa yang perlu diperkatakan, kami tidak menerima sebarang tawaran.

“Mo (Salah) adalah pemain Liverpool dan penting dalam perancangan kami. Jika ada tawaran, jawapannya adalah tidak," kata Klopp.

Ketika jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan ditutup pada Jumaat, kelab-kelab Arab Saudi pula mempunyai masa sehingga 20 September bagi mengendalikan urusan mereka.

Jadi masih ada peluang buat Salah untuk membuat keputusan selepas Jumaat ini, tetapi Liverpool tidak akan dapat mencari pengganti sehingga jendela perpindahan Januari 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved