Al Nassr FC masih menunggu keputusan Ronaldo

Football
26 Dec 2022 • 11:21 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BERLIN: Kelab bola sepak Arab Saudi Al Nassr FC masih menunggu keputusan bintang sensasi Cristiano Ronaldo sama ada bersetuju untuk menyertai kelab berkenaan, kata pengarahnya Marcelo Salazar, lapor STATS Perform/dpa.

Ronaldo, 37, pada November lalu telah pun meninggalkan kelab Manchester United.

Al Nassr mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain itu sejak awal Disember dan setakat ini belum ada sebarang perjanjian mengenai perkara itu dimuktamadkan.

“Saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak setakat ini. Kita tunggu dan lihat hasilnya bagaimana menjelang penghujung tahun.

“Seperti yang anda saksikan, ini rundingan yang sangat besar, bukan sahaja untuk kelab, tetapi untuk negara dan bola sepak dunia dan perlu dikendalikan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi,” katanya.-Bernama