Ala-Ala Fine Dining, 46 Kafe D Boyan Ini Tawar Makanan Enak Serta Pemandangan Indah Kuching

31 Jan 2023 • 1:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Korang nak surprisekan pasangan korang pun boleh.

Ala-Ala Fine Dining, 46 Kafe D Boyan Ini Tawar Makanan Enak Serta Pemandangan Indah Kuching. Nak tahu tak tempat mana best untuk korang meluangkan masa bersama tersayang sambil menikmati hidangan enak serta pemandangan indah di Kuching ini.

Bagi anda yang inginkan kelainan saat menjamu selera yang istimewa bersama insan tersayang di Kuching, sememangnya ini adalah peluang yang tidak harus anda dilepaskan.

image is not available
Ala-Ala Fine Dining, 46 Kafe D Boyan Ini Tawar Makanan Enak Serta Pemandangan Indah Kuching. Sumber: FB Ahmad Zayani Zaki

Hidangan enak sambil menikmati pemandangan Sungai Sarawak

Di 46 Kafe D Boyan ini menawarkan pengalaman untuk anda menikmati hidangan ala-ala fine dining di tingkat atas sambil menghayati pemandangan indah di kawasan sekitarnya. Lebih-lebih lagi anda boleh menikmati pemandangan Sungai Sarawak pada waktu malam, romantik bukan?

Seolah-olah makan di bawah langit dihiasi bintang-bintang sambil menikmati sajian yang menyelerakan dengan panorama indah sememangnya cukup mengujakan.

image is not available
Sumber: FB TtKamar Osman

image is not available
Sumber: FB TtKamar Osman

image is not available
Sumber: FB TtKamar Osman

Terletak di Kampung Boyan

Antara hidangan yang ditawarkan adalah hidangan western seperti spaghetti, lasagna, daging premium dan banyak lagi! Kalau lihat dari segi platingnya, memang tak kalah dengan fine dining. Sesuai untuk anda menikmati hidangan romantis bersama yang tersayang.

Anda juga boleh mengadakan sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan, buat surprise kepada pasangan dan sebagainya di sini sambil menikmati pemandangan bandar yang cantik.

image is not available
Sumber: FB TtKamar Osman

image is not available
Sumber: FB Aiman Naim

Lokasi: 46 Kafe D Boyan, Kampung Boyan, Petra Jaya 93050 Kuching
Waktu beroperasi: Setiap hari kecuali Isnin (anda boleh buat panggilan untuk tempahan)
No telefon: 013-8338691 / 012-4423790

Lagi artikel menarik mengenai tempat makan best di Kuching. Lihat pautan di bawah: