Alahai Dik, Mujur Tak Apa-apa

28 Apr 2024 • 1:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Seorang bayi lelaki berusia setahun melalui detik cemas dan ketakutan selepas kepalanya tersangkut di jeriji pintu rumah, dalam satu kejadian Jumaat lalu di sebuah rumah di Sungai Karangan, Kulim.

Biar pun cuba diselamatkan datuk dan jiran, bayi berkenaan terpaksa menunggu sejam sambil dipangku ibunya sebelum anggota bomba dan penyelamat berjaya mengeluarkan kepalanya.

Menggunakan satu alat khas untuk situasi berkenaan, kepala bayi berkenaan berjaya dibebaskan dari jeriji terbabit tanpa mencederakannya.

Media melaporkan, kanak-kanak itu memang gemar berdiri di jeriji berkenaan, namun ibunya tidak pasti bagaimana kepala anaknya boleh tersangkut.

Mujur abang bomba datang selamatkan. – Getaran, 28 April 2024

@getaranmy Dalam kejadian pada Jumaat lepas, pihak bomba telah bergegas ke sebuah rumah di Taman Kenangan, Kulim sebaik menerima panggilan mengenai seorang kanak-kanak berumur setahun yang tersangkut di 'grill' pintu rumah. Kanak-kanak itu kemudian berjaya diselamatkan bomba yang menggunakan 'rescue tool' dalam operasi tersebut. Sumber: Bomba #getaranmy #semasa ♬ Answer The Question - Josh Wynter

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved