Alami Keguguran, Nurul Izzah Redha Dengan Ketentuan Ilahi

25 Jan 2023 • 11:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Nurul Izzah Gugur - Oh! Media

Ahli politik dan anak kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah baru-baru ini telah berkongsi berita mengenai kandungannya mengalami keguguran.

Nurul Izzah berkongsi khabar duka tersebut menerusi satu posting yang telah dimuat naik di Instagramnya.

Redha dengan ketentuan

image is not available

Menurut posting tersebut, Izzah berkongsi momen dirinya bersama kandungannya yang keempat dan sibuk dalam menguruskan urusan dunia.

Kembali ke Pulau Pinang kemudian ke Putrajaya, dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone.

Walau bagaimanapun, Izzah mengatakan dirinya redha dengan ketentuan Ilahi. Semoga Izzah diberi kekuatan untuk hadapi perkara ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media