Alami Kemalangan Semasa Tangkap Ikan, Hidung Remaja Di Ranau Ini Tertusuk Anak Panah

17 Mar 2023 • 4:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Remaja tersebut menderita selama 30 minit akibat anak panah menusuk hidungnya

Alami Kemalangan Semasa Tangkap Ikan, Hidung Remaja Di Ranau Ini Tertusuk Anak Panah. Dilaporkan seorang remaja lelaki di Ranau, Sabah mengalami penderitaan selama 30 minit akibat anak panah tertusuk hidungnya secara tidak sengaja.

Difahamkan, remaja tersebut sedang menangkap ikan bersama rakan-rakannya apabila kejadian berlaku.

image is not available
Alami Kemalangan Semasa Tangkap Ikan, Hidung Remaja Di Ranau Ini Tertusuk Anak Panah

Pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba

Menurut laporan, mangsa dihantar ke Hospital Ranau selepas kejadian tersebut, yang berlaku pada jam 4:30PM, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Namun, pihak hospital tidak dapat mengeluarkan anak panah dari hidungnya setelah ia didapati sukar untuk mengeluarkan objek terbabit.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikerahkan ke hospital terbabit untuk menjalankan operasi penyelamatan setelah menerima panggilan kecemasan pada 4:59PM.

Difahamkan, mereka telah menggunakan pemotong bolt untuk berjaya mengeluarkan anak panah terbabit. Selepas prosedur selesai pada jam 5:11PM, remaja tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Lagi di sini: