Alami Krisis Ekonomi, Pusat Beli Belah Di Pakistan Diarah Tutup Lebih Awal

5 Jan 2023 • 12:51 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Alami Krisis Ekonomi, Pusat Beli Belah Di Pakistan Diarah Tutup Lebih Awal

ISLAMABAD — Kerajaan Pakistan dilaporkan mengarahkan pusat beli-belah dan pasar untuk menutup lebih awal waktu operasi daripada biasa berikutan negara itu mengalami krisis ekonomi, lapor BBC News.

Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif berkata langkah tersebut dapat menjimatkan sebanyak RM 1.2 bilion (62 bilion rupee).

Beliau memberitahu kepada pemberita semalam bahawa bangunan itu perlu ditutup pada jam 8.30 malam waktu tempatan dan badan kerajaan juga diarahkan untuk mengurangkan pengunaan elektrik sebanyak 30 peratus.

Manakala kipas elektrik yang tidak mesra elektrik akan turut diharamkan mulai awal Julai ini.

“Kabinet Persekutuan telah meluluskan serta-merta penguatkuasaan Pelan Pemuliharaaan Tenaga,” katanya di Twitter

Pakistan merupakan sebuah negara yang bergantung kepada sebahagian besar sumber tenaga (bahan api fosil) yang diimport bagi menampung lebih 220 juta rakyatnya.

Bagaimanapun, harga tenaga global kian melonjak sejak tahun lepas sekaligus memberikan masalah kepada tabung kewangan negara itu yang semakin menyusut.

Tambahan lagi, bayaran sumber tenaga dari luar menggunakan mata wang asing, khususnya dolar Amerika Syarikat.

Rizab Pakistan turut dilaporkan jatuh sekitar 50 peratus pada tahun lepas yang mengakibatkan negara itu hanya mempunyai sebanyak RM 514 bilion sahaja simpanan mata wang asing.

Dianggarkan jumlah tersebut hanya mampu menampung kira-kira sebulan sahaja sumber tenaga import Pakistan.

Pakistan memperolehi sebanyak RM 26.4 bilion bailout daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 2019 dan RM 4.8 bilion pada Ogos lalu.

Kerajaan itu juga sedang berunding dengan IMF berhubung sejumlah wang bernilai RM 4.8 bilion yang masih tertunda.

Terdahulu, Pakistan terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda negara berkenaan pada tahun lalu. Jumlah kerugian dan kerosakan yang terpaksa ditanggung oleh negara itu dianggarkan sebanyak RM 176 bilion ($40 bilion), maklum Bank Dunia.

Sumber: BBC News