Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

25 Jun 2024 • 8:27 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok semalam selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5.59 petang.

"Juruterbang telah memulakan penurunan kecemasan walaupun tekanan dalam kabin tidak melampaui dan topeng oksigen penumpang tidak digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pesawat kekal stabil dan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan selamat mendarat pada 8.18 malam. - BERNAMA