Alami Pendarahan Dalam Kepala, Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Disyaki Didera Pengasuh

LocalFamily & Parenting
16 Jan 2025 • 2:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lagi kes membabitkan kanak-kanak di rumah pengasuh.

Seorang bayi lelaki disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama dua hari di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat kecederaan dialaminya.

Menurut laporan, bayi berusia 11 bulan itu mengalami pendarahan dalam kepala dan luka di mulut disyaki akibat didera pengasuhnya di sebuah rumah di Mersing.

image is not available

Ahad lalu, bayi itu telah dikejarkan ke Hospital Mersing sebelum kemudiannya dirujuk ke HSI akibat kecederaan parah namun dia menghembuskan nafas terakhirnya selepas menerima rawatan selama dua hari.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi berkata, pengasuh bayi berkenaan merupakan wanita berusia 60 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 months ago

“Saya & Isteri Akan Ambil Tindakan Semaksimumnya” - Bapa Bayi Lapan Bulan Maut Di Tangan Pengasuh Taska