Alami Polytrauma Akibat Kecederaan, PM Slovakia Kini Dilapor Stabil

16 May 2024 • 12:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri (PM) Slovakia, Robert Fico yang mengalami polytrauma akibat ditembak dalam satu kejadian pada Rabu, kini dilapor dalam keadaan stabil.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Fico dikatakan berada dalam keadaan kritikal setelah ditembak sebanyak lima kali oleh seorang lelaki berusia 71 tahun ketika beliau sedang meninggalkan mesyuarat kerajaan.

image is not available

Foto: NDTV

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Alam Sekitar Slovakia, Tomas Taraba memaklumkan bahawa pemimpin berusia 59 tahun itu berada dalam keadaan yang baik setelah menjalani pembedahan dalam tempoh beberapa jam.

“Saya sangat terkejut. Mujurlah setakat yang saya tahu operasi berjalan lancar dan saya rasa pada akhirnya dia akan terselamat. Dia tidak berada dalam situasi yang mengancam nyawa pada masa ini,” katanya.

Tambahnya lagi, selain mengalami kecederaan dibahagian perut, peluru temabakan kedua tersebut dikatakan turut menembusi di bahagian sendi Fico.

image is not available

Foto: Euronews.com

Ketika sidang media beberapa jam sebelum itu, Menteri Pertahanan Slovakia, Robert Kalinak berkata, Fico mengalami polytrauma serius akibat tembakan tersebut.

Walau bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Matus Sutaj Estok menjelaskan bahawa cubaan membunuh itu adalah bermotifkan politik.