Alami serangan jantung, Lisa Marie Presley meninggal dunia

Entertainment
13 Jan 2023 • 1:13 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ALAMI serangan jantung, pelakon dan penulis lirik Lisa Marie Presley meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles.

Lisa dikejarkan ke hospital selepas pembantunya selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah anaknya.

image is not available

TMZ melaporkan bekas suaminya, Danny Keough yang kebetulan berada di sana melakukan pertolongan cemas CPR sehingga paramedik tiba. Pasukan paramedik berjaya memulihkan nadi sebelum dibawa ke hospital.

Ibunya, Priscilla Presley terkejut dengan kematian tragis Lisa Marie dan meminta privasi pada masa yang sangat sukar ini.

Lisa Marie adalah satu-satunya anak legenda rock, Elvis Presley. Dia menjadi pewaris bersama harta pusaka Elvis selepas penyanyi itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 1977.

Lisa Marie mengikuti jejak seni bapanya menjadi penyanyi dan penulis lagu dalam album sulungnya, To Whom It May Concern pada tahun 2003. Album itu mencapai meletup dalam carta album Billboard tahun itu.

image is not available

Wanita itu pernah melalui beberapa perkahwinan berprofil tinggi termasuk mendirikan rumah tangga dengan raja pop dunia, Michael Jackson pada tahun 1994.

Lisa Marie juga pernah berkahwin dengan pemuzik, Danny Keough, aktor Nicholas Cage dan pemain gitar, Michael Lockwood.

image is not available

Pemergian Lisa Marie pada usia 54 tahun meninggalkan tiga cahaya mata iaitu aktres Riley Keough,33, dan pasangan kembar, Harper dan Finley Lockwood, 14.

Anak lelakinya, Benjamin Keough terlebih dahulu meninggal dunia akibat bunuh diri pada 2020. Kali terakhir Lisa Marie muncul di khalayak ialah ketika menghadiri acara Golden Globe Awards baru-baru ini.

Serangan jantung

Serangan jantung yang sering dikaitkan sebagai pembunuh senyap kerana jantung terhenti mengejut atau sudden cardiac arrest (SCA).

Kebiasaannya situasi itu berlaku secara tiba-tiba tanpa amaran. Mangsa akan terus tumbang, tiada nadi, gagal bernafas dan meninggal dunia dalam beberapa minit jika tidak dirawat serta-merta.

Jika dibandingkan dengan serangan jantung, dalam keba­nyakan kes mangsa masih boleh diselamatkan kerana terdapat pelbagai tanda awal iaitu

1-Sakit bahagian dada

2-Sukar bernafas

3-Berpeluh

4-Pening

Sumber: TMZ

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.