Alan Walker Tiba Di Kuching, Persembahan Yang Ditunggu Malam Kemuncak Borneo Music Festival

10 Sep 2022 • 3:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Alan Walker popular dengan single ‘Faded’

Alan Walker Tiba Di Kuching, Persembahan Yang Ditunggu Malam Kemuncak Borneo Music Festival. Artis antarabangsa dari United Kingdom, Alan Walker tiba di Kuching bagi menjayakan Borneo Music Festival yang akan diadakan malam ini di Kampung Budaya.

Menerusi laman sosial media, rata-rata media tempatan dan netizen berkesempatan berkongsi detik ketibaan artis yang ditunggu-tunggu untuk malam kemuncak festival malam nanti.

image is not available
Alan Walker Tiba Di Kuching, Peminat Teruja Malam Kemuncak Borneo Music Festival

Selamat tiba ke Kuching

Pada perkongsian tersebut, kelihatan Alan atau nama sebenarnya Alan Olav Walker, 25, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar jam tengah hari tadi.

Kelibat Alan Walker di Kuching International Airport (KIA). Kredit: Twitter HamadRejab

Maklum balas wargamaya

Sementara itu di ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa teruja mereka melihat artis kegemaran mereka sudah tiba untuk membuat persembahan.

image is not available
Kredit: Media Sosial

Haa, buat korang yang tidak mahu ketinggalan untuk melihat persembahan Alan Walker malam ini di Borneo Music Festival, boleh dapat tiket di www.excitix.com.my.

Dj terkenal memperagakan busana tradisional dikecam netizen, baca di sini: