“Alasan Sebab Tak Ada Pengalaman..” – Gadis Kesal Ada Ijazah ‘Degree’ Tapi Tawaran Gaji ‘Basic’ Tak Setimpal

2 Feb 2024 • 2:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang wanita memuat naik sebuah video yang menyatakan rasa kurang senang apabila gaji permulaan yang ditawarkan hanya sebanyak RM1.6K meskipun dirinya mempunyai ijazah serjana muda.

Tidak setimpal

Kata gadis ini, dia kesal kerana gaji yang ditawarkan itu tidak setanding dengan ijazah yang dia miliki jika hendak dibandingkan dengan gaji pekerja retail di Kuala Kumpur yang lebih tinggi walaupun hanya lepasan SPM.

Bukan itu sahaja, alasan mengapa syarikat tersebut hanya menawarkan gaji berjumlah demikian adalah kerana gadis ini masih belum ada pengalaman yang cukup.

Aku ada ijazah, basic Graphic Design aku dia bagi RM1.6K. Sebab aku tak ada pengalaman.

 

Aku interview retail basic aku RM3K tak ada experience. Berlandaskan sijil SPM saja. Duduk dekat KL weh, baik aku balik kampung.

— ًِ (@bckupacc99) February 1, 2024

Pada masa yang sama, orang ramai juga berpendapat bahawa gadis ini perlu menerima tawaran gaji tersebut demi mencari pengalam dan sesetengah pula tidak setuju dengan tawaran gaji yang rendah memandangkan keadaan ekonomi di Malaysia kini.

image is not available 2 weeks ago

Tawar Gaji RM17K Untuk Jadi Pemandu Bas, Syarikat Terima Ribuan Permohonan - "30 Antaranya Ada Ijazah Universiti"