Alat Ganti Sewa: Puspakom Sukar Kesan

LocalCars
6 Jan 2025 • 12:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada segelintir pihak sanggup menggunakan alat ganti sewa semata-mata mendapatkan kelulusan ketika menjalani pemeriksaan di Puspakom.

Malangnya, PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) mengakui tidak mempunyai mekanisme khusus bagi mengesan kenderaan perdagangan yang menggunakan alat ganti sewa itu.

Untuk itu, Puspakom sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa termasuk kementerian berkaitan bagi membantu PUSPAKOM menjalankan pemeriksaan dengan lebih jitu dan terperinci.

"Kami tidak dapat mengesan penggunaan komponen kenderaan yang disewa misalnya tayar, brek, pad brek dan sebagainya, kerana ia agak umum.

"Bagaimanapun, kami sedang berbincang dengan pengawal selia dan kementerian untuk memperbaiki proses kami. Langkah ini boleh membawa kepada pemeriksaan yang lebih tepat dan teliti. Ini akan melibatkan penggunaan teknologi.

"Contohnya apabila kita mempersoal mengenai isu tayar, walaupun kami telah memeriksanya tetapi oleh kerana kerosakan itu berpunca dalam brek berkenaan (gandar), kami tidak mempunyai keupayaan untuk memeriksa bahagian itu.

"Apabila kami memeriksa prestasi brek, kami akan memeriksa keberkesanan brek dan prestasi tayar," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, khidmat menukar tayar atau komponen lain kepada yang elok semata-mata untuk lulus pemeriksaan PUSPAKOM ada diiklankan secara terbuka di media sosial yang mencuri tumpuan selepas tragedi mengorbankan tujuh nyawa di Melaka, 23 Disember lalu.

View Original Article