
Populariti muzik K-Pop telah menakluk dunia dan Lalisa Manobal daripada kumpulan Blackpink adalah antara yang mempunyai jumlah peminat terbesar. Jika anda peminat Lisa dan juga PlayStation 5, DualSense – Lisa Limited Edition telah diumumkan dengan ia dikeluarkan dalam jumlah yang terhad. Ia ditawarkan khusus sempena pelancaran album baharu beliau Press Play bulan depan.

Kolaborasi rasmi Lisa dan Sony ini menghasilkan sebuah alat kawalan DualSense dalam warna Chroma Pearl yang diminati beliau serta mempunyai ikon mata serta rambut pada bahagian pad sesentuh, simbol bintang Lisa dan juga tandatangan di bahagian belakang.

Pembeli bukan sahaja menerima sebuah DualSense, tetapi akan juga menerima barangan edisi terhad dalam bentuk pakaian, topi, beg, pelekat, rantai kunci, dan bekas simpanan khas untuk DualSense. Pratempahan dibuka 2 Oktober dengan ia DualSense – Lisa Limited Editio dijual pada harga $84.99 (~RM 346) untuk satu set lengkap.
