Albertine pulang ke pangkuan keluarga

24 Jul 2024 • 12:59 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, yang hilang selama beberapa hari, telah kembali ke pangkuan keluarganya petang semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Barbie Hui Hui berkongsi gambar Albertine bersama ibunya, Leo Qieo Xin, bapa serta beberapa individu lain, dipercayai anggota keluarganya.

“Terima kasih atas keprihatinan anda.

“Dia (Albertine) selamat tetapi letih dan trauma disebabkan insiden yang berlaku beberapa hari lalu,’’ demikian tulis dalam bahasa Cina.

Barbie memaklumkan telah diberikan kebenaran untuk memuat naik gambar tersebut daripada Qieo Xin serta menghargai mereka yang berkongsi hantaran mengenai kanak-kanak itu sebelum ini.

Albertine yang hilang di Iskandar Puteri pada Sabtu lalu, telah ditemui dalam keadaan selamat di Batang Kali, Selangor awal pagi semalam.

Kanak-kanak itu ditemui di sebuah hotel murah bersama seorang lelaki berumur 31 tahun pada kira-kira jam 4 pagi.

Ketua Polis Johor, M Kumar pada sidang media semalam memberitahu, secara keseluruhan lima individu sudah ditangkap dan kini berada dalam reman. - 24 Julai, 2024

The post Albertine pulang ke pangkuan keluarga appeared first on Scoop.