Album sulung, Arissa jadi perjalanan mengenali diri buat Hullera

EntertainmentMusic
22 Nov 2026 • 3:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Album sulung, Arissa jadi perjalanan mengenali diri buat Hullera

PETALING JAYA: Genap setahun album sulungnya, Arissa diterbitkan, penyanyi rap, Hullera mengakui karya berkenaan banyak membantunya mengenali tentang sisi diri yang lebih tenang menerusi proses menghasilkan dan menyanyikan lagu-lagu di dalamnya.

Hullera berkata, album itu juga turut mengajarnya tentang erti memaafkan dan melepaskan sesuatu yang berlaku dalam hidup.

“Arissa mengajar saya banyak perkara tentang memaafkan dan melepaskan. Ada pelbagai keadaan yang memaksa kita untuk berkembang menjadi lebih baik,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Tambah penyanyi lagu Maafkan itu, pengalaman yang dilalui sepanjang proses itu turut mengajarnya untuk lebih berlembut dengan diri sendiri, terutama ketika berdepan pelbagai keadaan yang menuntutnya berubah.

“Proses yang saya lalui mengajar saya untuk lebih berlembut dengan diri sendiri. Saya sememangnya seorang yang mempunyai perwatakan intensif.

“Saya meneroka sisi diri yang membolehkan saya menemukan ketenangan dalam diri menerusi lagu-lagu ini. Saya berharap pendengar juga dapat menemukan ketenangan masing-masing apabila mendengar Arissa,” katanya.

“Alhamdulillah, Allah memberikan saya kasih sayang dan kekuatan untuk terus melakukan perkara ini,” katanya.

Untuk rekod, Hullera merupakan seorang penyanyi rap (femcee) dan penulis lagu hip-hop dari Malaysia yang mula dikenali menerusi siri 16 Baris.

Album sulungnya, Arissa mengandungi lapan buah lagu termasuk SAYONARA, Selalu, Lari, 10 Lelaki, Maafkan, Nota Untuk Diriku, Validate U, dan Andainya Aku Pergi Dulu. – UTUSAN

The post Album sulung, Arissa jadi perjalanan mengenali diri buat Hullera appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved